Thursday 19 September 2013

Monday 9 September 2013

Indahnya hari ini... semoga ianya berterusan..ku bahagia,alhamdulillah... semalam semangat membara-bara untuk ke mencari ilmu MU.. pagi tadi mendapat penjelasan serba sedikit tentang ilmuMU.. macammana ingin ku aturkan ilmuMU ini agar kejayaan bisa di tangan ku kelak...
ku harap selepas ini enggak ad halangan yang teruk menimpa ku dalam mencari IlmuMu ini...
permudahkan lahya Rabb


penat

Sunday 8 September 2013

ku mohon jangan hukum aku kerana salah ku di masa silam..jangan hina ak kerana perkarayang lalu..sesungguhnya aku sedang belajar untuk menjadi terbaik dalam hidup mu... aku sedang berusaha untuk menjadi peneman hidup mu.. ak harap kamu mengerti...
duhulu 
aku seorang yang sangat ceria
aku seorang yang bising
aku seorang yang suka bercakap
aku seorang yang suka berinteraksi dengan orang yang baru aku kenal
 tetapi untuk menjadi 
sebahagian dari hidup mu, aku kena berubah
kerana sikap aku  di atas 
kau sangat membencinya

tolong bagi aku masa,aku sedang berubah
untuk menjadi sebahagian dari mu.. 




Sunday 14 April 2013

Alhamdulillah 
ya ALLAH,

walaupun banyak dosa yang telah dilakukan,ALLAH tetap kasi peluang untuk hidup...ALLAH sayang kita kan,sebb tu ALLAH bg lagi nyawa untuk kita terus bertaubat...astaghfirullah ,astaghfirullah,astaghfirullah...

dalam sedar dan tak sedar ,kita banyak buat jahat...bila ditimpa ujian  baru sedar..ALLAH tegur kita..DENGAN BANYAK CARA...
tengah buat maksiat,keluar dating dengan boyfrend ,ALLAH tegur kita, bukan dengan cara kena tangkap khalwat kerana berdua-duaan dalam kereta,tapi dengan cara lain..ALLAHURABBI,ataghfirullah....
tengah mengumpat sahabat,tiba2 tersedak air depan org ramai..batuk yang amat sampai merah mata2 ,kadang2tu tanda Allah tegur kita kan,

bila dah dapat masalah /ujian baru ingat ALLAH....sedr kembali apa yang dibuat adalah salah..
ayuh kitamuhasabah nak????
tengok yg mn tak betul..kita betulkan kembali..



itu saya...

Tuesday 19 March 2013


Suami : A, B,C..

Isteri : what ??

Suami : Always Be Careful..







Isteri : Hehe.. then??

Suami : D, E, F, G..

Isteri : .....??

Suami : Don't Ever Forget Girl..

Isteri : Girl..?!

Suami : Hmm... I'm H, I..

Isteri : What H, I ??

Suami : Happily Inlove..

Isteri : So... ??

Suami : J, K, L, M Just Keep Loving Me..

Isteri : And how about N, O, P, Q, R, S, T, U, V, W, X, Y, Z??

Suami : No Other Person Quite, Reasonable, Shall




Treat U Very Well Xcept me Your Zauj (suami)

Isteri : :-) ♥

Sunday 17 March 2013



ANDAI perjuangan ini MUDAH,
PASTI RAMAI YANG MENYERTAINYA.

ANDAI perjuangan ini SINGKAT,
PASTI RAMAI YANG ISTIQOMAH.

ANDAI perjuangan ini MENJANJIKAN KESENANGAN DUNIA,
PASTI RAMAI YANG TERTARIK PADANYA.

tp hakikat perjuangan bukan begitu
TURUN NAIKnya,
SAKIT PEDIHnya,
umpama KEMANISAN YANG TAK TERHINGGA..

Kau REBAH .
Kau TERLUKA .
BANGKITLAH SEMULA..

Ingatlah janji Allah di sana nanti




Saturday 16 March 2013

sayang apa khabar dengan mu.....disini ku rindukan kek mu....

credit tu 2 sahabt yang tangah brperang belajar buat kek di Kolej Komuniti Kuantan...

sahabat yang cun" kak sya yang cool n zilan a.k.a adik ELLA.."



cepat2 balik,,,tak sabar ni..

apa mungkin hasilnya DIATAS?????

insyaallah :)

SAlam sayang kamu-kamu

Alhamdulillah hari ini sempat ke Airport kuantan,teman roomateku yang tersayang  untuk hantar bondanya ke Mekah untuk ibadah umrah ,,walaupun kami lewat "kami stand for Ain mata comel n diriku sendiri"
gara-gara bangun lewat..tapi sempat juga lamabai kapalterbang ")

Otw balik ke tempat pengajian,pusing satu kuantan cari Car wash,tup2 jumpa dekat tanjung lumpur,rrezeki ku juga depan car wash tu ad nursery bunga,Orkid pulak tu..ALLAH....berbunga-bunga hati ini, shopping di nursery,akhirnya beli la 2 pasu bunga orkid..Lepas bayar duit car wash RM12, perut menyanyi2..menndakan ad rama2 dalam perut yang tengahlapaq....:)

singgah di Kedai nasi dagang,makan2.....

sesampai dekat UMP,operasi mencari pokok bunga yang warna kuniing,yang berbunga waktu pagi di tepi jalan,cabut2 di tengah matahar yang terpacak dapat la sejambak...

allahamdulillah...
Melepasi pagarUMP,terdetik nak mengajar pula sahabatmata cantik ini bawak kereta....hehehe operasi membuli....

Ain mata cantik bawak kereta tersedu2..hahaha, fisrt time bawak kereta ,,,,3x mati...hehe,alhamdulillah...lama2 bergerak juga kereta Itu...

walaupun pelan atleast bergerak..slow2 menerusi round board terbesar di Kuantan..hehe sampai laa depan pak gaurd  asrama siswi....

Jadi i take over untuk drive strusnya,ain mata cantik tak berani sudaaa...:)

Satu journey yang tak dirancang yang sungguh indahbersama Ain mataacantik:)
 terima kasih ALLAH...



bye..
NIKAH ATAU KAHWIN....



:)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda :

خَيْرُ النِّكَاحِ أَيْسَرُهُ

“Sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 6/13, no. 1808. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Jika belanja hantaran buat si gadis menjadi alasannya, bukankah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda :
إن من يمن المرأة تيسير خطبتها وتيسير صداقها وتيسير رحمها

“Di antara kebaikan wanita adalah mudah urusan melamarnya, mudah maharnya (maskahwin), dan mudah rahimnya (mudah melahirkan zuriat).” (Hadis Riwayat Ahmad dan ath-Thabrani. Majma’ az-Zawa’id, 4/516, no. 7482)

Sekiranya maskahwin pun dituntut supaya dipermudahkan, mengapa mahu menambah-nambah dengan beban hantaran yang Nabi sendiri tidak pernah syari’atkan? Bukankah ini bertentangan dengan hadis Nabi tersebut bahawa pernikahan yang baik adalah yang paling mudah. Ini merangkumi mudah dari aspek perbelanjaan dan pengurusan.

Sehingga Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri pernah menikahkan sahabat dengan mahar yang begitu mudah, iaitu antaranya dengan mahar cincin besi dan mengajar hafaz bacaan sebahagian ayat al-Qur’an. Kenapa kita pula bertindak meninggalkan sunnah Rasulullah dan memilih perkara yang menyusahkan lagi membebankan diri sendiri?

Perlu kita fahami bahawa pernikahan itu bukanlah 'umpama' pasar untuk menjualkan anak gadis melalui kutipan belanja hantaran daripada pihak lelaki. Sebaliknya ia adalah ikatan untuk menuju hidup bahagia berpasangan dengan cara yang sah dan halal. Bukankah wang dan belanja hantaran yang adakalanya mencecah puluhan ribu ringgit itu lebih baik diguna menampung keperluan hidup berumahtangga, seperti kos tempat tinggal, kenderaan, dan kehadiran anak-anak kelak?

Selari dengan pesanan Rasulullah bahawa sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah, majlis kendurinya pun turut dianjurkan dengan cara yang mudah. Selain itu, turut dianjurkan supaya kita menghulur bantuan perbelanjaan walimah kepada pasangan baru bernikah.

Ketika Rasulullah mengetahui sahabatnya ‘Abdurrahman B. ‘Auf baru sahaja bernikah, Rasulullah pun berkata kepadanya (sambil terlebih dahulu mendoakannya) :
بَارَكَ اللَّهُ لَكَ أَوْلِمْ وَلَوْ بِشَاةٍ

“Barakallahu laka (semoga Allah memberi berkah kepadamu), adakanlah walimah walaupun hanya dengan seekor kambing.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab an-Nikah, 16/131, no. 4758)

Berdasarkan hadis ini, mengadakan walimah (menjamu orang makan) dengan sebab pernikahan adalah disyari’atkan. Walaupun begitu, walimah tidaklah mesti dilakukan dengan seekor kambing. Tetapi perlulah bersesuaian dengan kemampuan suami. Ini kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri pernah melaksanakan walimah ketika pernikahannya bersama Shafiyah dengan menyediakan campuran kurma tanpa biji yang dicampur keju dan tepung hasil sumbangan para sahabat yang hadir sebagaimana diriwayatkan Imam al-Bukhari. Terdapat juga hadis yang menunjukkan Rasulullah hanya menjemput beberapa orang lelaki meraikan walimah perkahwinannya di waktu yang lain.

Ia tidaklah seperti sebahagian daripada kita hari ini yang berlebih-lebihan dalam walimah sehingga sanggup meminjam wangan demi merealisasikan kenduri perkahwinan yang mahu dilihat mewah dan megah.

Menurut sunnah, majlis walimah yang dianjurkan Rasulullah itu tidak lebih dari sekadar jamuan makan dengan bergembira meraikan pasangan yang berkahwin. Ini berlangsung dengan cara menghadiri dan mendoakannya dengan kebaikan. Sehingga orang-orang yang berpuasa pun turut wajib menghadirkan diri ke majlis walimah jika mendapat jemputan.

Dalam masa sama, majlis walimah ini tidaklah sewajarnya diiringi dengan perkara maksiat dan kemungkaran. Sangat menyedihkan perkara-perkara maksiat dalam acara-acara walimah hari ini dilihat begitu subur. Sehingga ada yang sanggup berbelanja besar kerananya pula. Perkara ini wajib kita sedari dari awal agar tidak terus menular.

Di antara perkara buruk yang telah mula membudaya dalam majlis-majlis walimah hari ini adalah seperti budaya mendedahkan aurat dan tabarruj (berdandan) untuk tontonan umum dalam praktik persandingan, membazir untuk menunjuk-nunjuk dan mendapat pujian, mencukur kening dan janggut, mengkhususkan adanya acara potong kek dan menyarung cincin perkahwinan, adat bersanding dan pelamin, upacara merenjis dan menepung tawar demi meraih keberkatan, bersalam-salaman dengan yang bukan mahram, acara tahlilan khas memohon restu nenek moyang, menjemput bomoh tolak hujan, majlis karaoke dan nyanyi-nyanyian, permainan kuda kepang, menggantung gambar pengantin, dan seumpamanya.

Hukum mendedahkan aurat adalah suatu yang maklum di kalangan umat Islam. Lebih lagi apabila berlaku pembaziran wang untuk belanja solekan, set baju yang menggambarkan bentuk tubuh wanita, dan mencukur kening demi kelihatan cantik. Ini semua termasuk bentuk-bentuk peragaan tubuh ala jahiliyah yang telah diharamkan Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui firman-Nya(maksudnya),“Dan janganlah kamu berhias (tabarruj) dan bertingkah-laku seperti orang-orang Jahiliyyah." (Surah al-Ahzab, 33: 33)

Manakala acara khas sesi sarung cincin dan potong kek perkahwinan pula ia termasuk meniru-niru adat keagamaan kaum kafir yang tidak pernah sedikitpun dianjurkan dalam sunnah Rasulullah. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum (dalam urusan khas agama), maka dia termasuk golongan mereka.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 11/48, no. 3512. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Manakala amalan meminta individu tertentu untuk menolak dan menahan hujan dengan jampi tertentu agar majlis dapat berjalan lancar, maka ini termasuk pula ke dalam perbuatan syirik. Ini sama juga dengan adat menepung tawar yang tidak diketahui asal-usulnya dari ajaran agama Islam. Sebenarnya untuk tujuan ini, cukuplah dengan berdoa kepada Allah dan bersedia dengan sebarang kemungkinan secara teknikal. 

Jika di dalam majlis-majlis walimah tertentu mengandungi praktik-praktik maksiat seperti ini, terdapat petunjuk Rasulullah supaya tidak menghadirinya atau sekiranya mampu maka berilah nasihat dan teguran.

Dari itu, mudahkanlah pernikahan dan majlisnya. Ambillah sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sebagai pedoman dan ikutan. Berbanggalah dengan kemuliaan Islam, bukan dengan maksiat, kemungkaran dan pembaziran. 

Hindarilah juga budaya pacaran tanpa nikah! Semoga semaian cinta dan majlis kita mendapat berkah dan keredhaan Allah. Itulah yang perlu kita cari dan kejar. Wallahu a’lam. [SUMBER]

Friday 15 March 2013

SALAM...sayang untuk kalian....



JOM...kita membaca nak? :)

mulakan dengan BISMILLAH

Pada suatu ketika Rasulullah SAW menjadi imam solat.Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'

'Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan?

Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan didunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

Thursday 14 March 2013

ALLAH..............................
alhamdulillah kembali semula...

rindu nya...sebelum berletiaq pjg...jom hadam dulu ayat2 cinta ini